Kamis, 20 Januari 2011

SURAH AL ANBIYA
(Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca
ayat 83 dari surah ini,
nescaya dia akan
mendapat sebesar-
besar pangkat di sisi
Allah s.w.t .
SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa
membacanya, Allah
akan membinasakan
musuh-musuhnya.
SURAH AL-MU’MINUN
(Orang-orang Mukmin)
Barang siapa
membacanya ke atas
air, lalu diberi minum
kepada orang yang
selalu minum minuman
keras,nescaya dia tidak
akan meminumnya lagi.
Barang siapa membaca
ayat 28 dari surah ini,
nescaya perahunya
akan terselamat
daripada karam dan
rumahnya akan
terselamat dari kecurian
dan serangan musuh.
SURAH AN-NUUR
(Cahaya)
Barang siapa
membacanya, nescaya
ia akan terhindar dari
mimpi-mimpi yang
buruk. Barang siapa
membaca ayat 35 dari
surah ini,pada hari
Jumaat sebelum
sembahyang Asar,
nescaya dia akan
disegani oleh orang
ramai.
SURAH AL-FURQAN
(Pembaca)
Barang siapa
membacanya sebanyak
3 kali ke atas air yang
bersih, lalu air itu
dipercikkan di dalam
rumah, nescaya rumah
itu akan terselamat dari
gangguan binatang-
binatang yang liar dan
ular-ular yang bisa.
SURAH ASY-SYU A’RA
(Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca
ayat 130 dari surah ini,
sebanyak 7 kali dengan
senafas ke atas orang-
orang yang digigit oleh
binatang-binatang yang
berbisa nescaya akan
hilang bisa-bisa itu.
SURAH AN-NAML
(Semut)
Barang siapa
membacanya nescaya
nikmat-nikmat Allah
akan kekal kepadanya.
SURAH AL-QA-SHASH
(Cerita)
Barang siapa
membacanya ke atas
pekerja-pekerjanya,
nescaya Mereka tidak
akan mencuri dan
mengkhianat. Barang
siapa membaca ayat-
ayat 51 hingga 55 dari
surah ini, Nescaya
otaknya akan cergas,
akalnya akan sempurna
dan budi pekertinya
akan halus.
SURAH AL-ANKABUT
(Labah-labah)
Barang siapa
membacanya, nescaya
demamnya akan
sembuh. Barang siapa
membacanya, nescaya
ia akan terhindar dari
gelisah dan keluh kesah.
SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa
membacanya, nescaya
Allah akan
membinasakan orang
yang hendak
menzaliminya.
SURAH LUQMAN
(Luqman)
Barang siapa
membacanya, nescaya
ia akan terhindar dari
segala-gala penyakit
terutama dari penyakit-
penyakit perut. Barang
siapa membaca ayat31
dari surah ini, nescaya
akan terselamat dari
bencana banjir.
SURAH AS-SAJ DAH
(Sujud)
Barang siapa membaca
ayat-ayat 7 hingga 9
dari surah ini, ke atas
kanak-kanak yang baru
lahir, nescaya ia akan
terhindar dari segala-
gala penyakit ruhani dan
jasmani.
SURAH AL-AHZAB
(Golongan-golongan)
Barang siapa membaca
ayat-ayat 45 hingga 48
dari surah ini, nescaya ia
akan mendapat
kemuliaan dan
kehormatan sejati. Dan
barang siapa membaca
ayat-ayat 60 hingga 66
dari surah ini, nescaya
Allah akan
membinasakan musuh-
musuhnya.
SURAH
SABA ‘ (
Saba‘)
Dengan membacanya,
terselamatlah ia dari
segala-gala bala
bencana, terutamanya
dari rosaknya tanam-
tanaman.
SURAH FAATHIR
(Pencipta)
Barang siapa membaca
ayat-ayat 29 dan 30,
nescaya Allah Akan
memberkati
perniagaannya.
SURAH YAASIIN (Hai
Manusia)
Nabi kita Muhammad
s.a.w bersabda : “Tiap-
tiap sesuatu
Mempunyai hati dan hati
Al-Quran ialah surah
Yaasiin.” Yaasiin kerana
Allah, nescaya akan
terampun segala-gala
dosanya kecuali dosa
syirik..” Dalam satu
hadith yang lain Baginda
s.a.w bersabda:
“Hendaklah kamu
membaca surah Yaasiin
ke atas pesakit-
pesakitmu yang
menghadapi sakaratul-
maut, nescaya Allah
s.w.t akan meringankan
kekerasan sakaratul-
maut itu.” Dalam satu
hadith yang lain pula
Baginda s.a.w bersabda :
“ Aku ingin benar, agar
surah Yaasiin ini dihafaz
oleh tiap-tiap umatku.”
Barang siapa
membacanya sebanyak
41 kali, pasti akan
tercapai segala hajat
dan cita-citanya. Barang
siapa membacanya
sebanyak 21 kali pada
malam Jumaat, Lalu
berdoa istghfar untuk
kedua ibu bapanya,
nescaya dosa kedua ibu
bapanya akan
diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca
sekali ketika membuka
kedai atau perniagaan,
nescaya akan maju
perniagaannya itu.
Barang siapa
membacanya sekali
pada awal malam,
andaikata ia mati pada
malam itu, mesti ia
mati syahid. Barang
siapa membacanya
sekali selepas tiap-tiap
sembahyang
Jumaat,nescaya ia akan
diselamatkan dari siksa
kubur. Jika dibacanya
oleh seorang askar,
ketika ia hendak turun
kemedan peperangan,
Allah akan
mengurniakan
kepadanya keberanian
dan kegagahan, serta
naiklah ketakutan pada
musuh-musuhnya.
Hikmat-hikmat dan
khasiat-khasiat surah
Yaasiin ini banyak benar
di! dapati di dalam kitab-
kitab hadith tetapi
cukuplah setakat ini
untuk diamal oleh anda
sekalian.
SURAH ASH-
SHAAFFAAT (Yang
Berbaris)
Barang siapa
membacanya, insya
Allah in akan terpelihara
daripada gangguan jin.
SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat
42 dari surah ini,
nescaya akan
mendapat kebahagian
sejati.”Berdoalah
kepadaKu, nanti Aku
perkenankan
permintaanmu.
Sesungguhnya orang-
orang yang
menyombongkan dirinya
dari menyembah Aku,
mereka akan masuk
neraka jahannam
dengan hina.”
[Al-Mukmin: 60]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar